SYuKran yE cOz suDi melAyAri bLoG yaNg iBu dEdiCaTE kHaS tO aNaK iBu dAn AyAh CyG ~~ NuR AmNi NaJwa ~~ Baik wAt tElaDaN, BuRUk wAt sEmPAdAn.
RSS

My Baby

KLik JeNguK

Saturday, December 3, 2011

LAMBAKAN DRAMA INDONESIA

Apaan lagi? Terkejut diriku perkataan itu keluar dari mulut anakku yang baru mencecah usia 2 tahun 5 bulan. Apaan lagi (ku tidak pasti cara ejaan dan sebutannya) tapi yang jelas dalam bahasa Melayu kita ianya membawa maksud apa lagi menjadi seperti satu fenomena baru yang menyerang minda dan pemikiran orang-orang kita (di Malaysia ini).



Gara-gara hari-hari disogok dan didedahkan dengan siri-siri drama sinetron yang dramatik dan menyayat hati menggamit hati masyarakat kita untuk terus mengikuti perkembangan drama “till the end of t ime”. Mana tidaknya,buka siaran ini, cerita dongeng Indonesia, buka siaran stesyen berikutnya masih cerita menyayat hati dari Negara jiran.



Berbuih mulut para pengkarya drama tv dan wartawan hiburan media cetak mengeluh dan memberi komen mengenai kebanjiran serta lambakan drama luar terutamanya dari Indonesia di kaca tv di Malaysia.



Tapi keadaan tidak berubah malah bertambah teruk lagi. Malah saya agak terkejut apabila melihat drama popular Indonesia JELITA yang dilakonkan oleh penyanyi terkenal Indonesia Agnes Monica
diulang tayang oleh TV3.



Apa alasan TV3 mengulang tayang drama tersebut tidak pula saya ketahui.Namun TV3 memang terkenal dengan tag linenya "Atas Permintaan Ramai".
Faktor pengiklanan dan merebut rating mungkin sebab utama TV3 walaupun tagline "Atas Permintaan Ramai" sering digunakan. RTM dan ASTRO juga banyak mendewa-dewakan drama Indonesia.Malah tidak terkecuali siaran TV9 (dengan tagline “dikau dihatiku”)yang turut mendamba dan mengagungkan cerita-cerita dari seberang itu.



Namun pada hemah saya, RTM sebagai penyiar dan stesen televisyen utama di Malaysia yang sepatutnya paling patriotik juga seolah-olah terikut-ikut dengan rentak merebut rating TV.



Hakikatnya kebanjiran drama luar tanpa sebarang kawalan,secara langsung telah menutup periuk nasi golongan pengkarya belakang tabir di Malaysia. Pengarah, Penulis Skrip, Krew Produksi, Production Manager adalah antara yang menerima kesan langsungnya.



Adakah pengkarya kita terlalu 'sengkek idea' atau rendah tahap profesionalisme hingga kita terdesak mengimport produk dari luar? Mengimport produk dari luar bermakna kita juga mengimport 'nilai' mereka untuk dihidangkan dan 'dipasakkan' dalam mind set serta world view khalayak penonton kita.



Kisah seorang 'Pak Haji' pulang dari Mekah bermain judi,mungkin boleh diterima pada 'nilai' yang dipegang masyarakat Islam di Indonesia tapi ianya 'nilai' yang tidak diterima pada masyarakat Islam di Malaysia.



Pihak berwajib dan bertanggungjawab patut bertindak lebih tegas dan perlu 'dilihat' sedang bersungguh-sungguh berbuat sesuatu mengenai isu ini.
Jangan sampai esok lusa para penggiat drama tv
terpaksa hidup kais pagi makan pagi seperti yang berlaku pada
keluarga Allahyarham Ismail Din.




Kita tidak mahu bangsa kita sendiri kelaparan di bumi sendiri ibarat kata pepatah “ Kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan”.



RenUng-renungkan dan Selamat BeraMaL...




* Di Bawah Adalah ConToh PoSter daN DrAma YaNg MasIh RanCak diSiarkan


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengkel Informasi Siber Peringkat Zon Timur 2011

Gah bunyInya Kan? huhuhu...taPi Ibu PerLu berKorban TinggaLkan Amni
sbb KursUs yg Ibu Join ni DibuaT di KompLeks RakAn Muda Besut
dari 3 - 4 Disember 2011

XpeLa...kurAng2 Ibu Dapat PengaLamaN Baru Kan

DaLam Slot2 yg DiAjAr....ade DiSuruH untUk HasiLkan Satu PenuLisan Kreatif
dan Juga Krititan SoSiaL

So,DiBeri Masa Dari Jam 6 ptg - 8 Mlm untUk HasiLkan SebuaH ArtIkel...

dan....Baca Post Ibu TenTang Hasil PenuLisan Ibu....

Tlg KoMen Yaaa ;-)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS